UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
PARIT RAJA, BATU PAHAT, JOHOR
 
KENYATAAN SEBUTHARGA
1.
Sebutharga adalah dipelawa kepada kontraktor/pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di dalam kod bidang berdaftar yang berkaitan serta masih berkuatkuasa buat masa ini bagi perkhidmatan/pembekalan/kerja berikut:-
Maklumat Asas Sebutharga Tajuk Sebutharga Bidang Pendaftaran
2.
Naskah meja akan dipamerkan di Pejabat Bendahari dan boleh dilihat mulai tarikh seperti yang tertera di dalam jadual di atas.
3.
Dokumen Sebutharga hanya akan dijual mengikut tarikh yang dinyatakan di dalam jadual di atas mulai jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Dokumen tidak akan dijual selepas tempoh yang telah dinyatakan.
4.
Pembekal/kontraktor yang ingin menyertai hendaklah membayar secara tunai harga dokumen sebutharga yang diingini di kaunter pembayaran pembekal Pejabat Bendahari UTHM.
5.
Pembekal/kontraktor atau wakil-wakil Pembekal/kontraktor dikehendaki membawa sijil asal Kementerian Kewangan Malaysia dan surat wakil kuasa yang sah berserta salinan sijil-sijil tersebut semasa pembelian dokumen Sebutharga.
6.
Dokumen Sebutharga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan bertulis Tajuk Sebutharga dan No. Sebutharga serta dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga yang beralamat seperti di bawah dan hendaklah sampai di alamat yang tertera pada atau sebelum tarikh yang ditetapkan tidak lewat daripada jam 12.00 tengahari.
 
Pengarah
Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Hartabina
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
86400 Parit Raja,
Batu Pahat,
Johor
7.
Iklan Sebutharga ini boleh dilayari melalui laman web kami di http:// www.uthm.edu.my. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Unit Perolehan ditalian 07-4537057/7076 atau di talian pejabat am pengeluar sebutharga(sila rujuk direktori telefon UTHM di http://www.uthm.edu.my/v2/index.php?option=com_wrapper&Itemid=88).
8.
Untuk permohonan secara e-procurement, sila klik di pautan ini https://tenderwizard.my.
   
   
 
BENDAHARI
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA