UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
PARIT RAJA, BATU PAHAT, JOHOR
 
KENYATAAN SEBUT HARGA
Senarai Iklan Sebut harga UTHM Mengikut PTJ dan Tarikh Keluar
1.
Sebutharga adalah dipelawa kepada kontraktor/pembekal yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB) di dalam kelas dan gred pendaftaran yang berkaitan serta masih berkuatkuasa buat masa ini bagi perkhidmatan/pembekalan/kerja berikut:-
Maklumat Asas Sebutharga Tajuk Sebutharga Bidang Pendaftaran
2.
Naskah meja akan dipamerkan di Pejabat Bendahari dan boleh dilihat mulai tarikh seperti yang tertera di dalam jadual di atas.
3.
Naskah Sebut harga hanya akan dijual mengikut tarikh yang dinyatakan di dalam jadual di atas mulai jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang pada hari Ahad - Rabu dan 9.00 pagi hingga 3.00 petang pada hari Khamis atau 12.00 tengahari pada tarikh akhir jual. Naskah tidak akan dijual selepas tempoh yang telah dinyatakan.
4.
Pembekal/kontraktor yang ingin menyertai hendaklah membayar secara online banking/Kad Debit/QRPay bagi naskah yang bernilai RM10.00 (Bekalan/Perkhidmatan) dan RM20.00 (Kerja) di kaunter Pembayaran Pembekal Pejabat Bendahari UTHM. Pembayaran secara online boleh dilakukan ke akaun Bank Muamalat Malaysia Berhad Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Cawangan UTHM bernombor 0107-0000001-716. Manakala naskah yang bernilai selain daripada nilai yang dinyatakan, naskah hanya boleh dibeli Secara Online Melalui Laman Sesawang http://www.tenderwizard.my/UTHM
5.
Pembekal/Kontraktor Atau Wakil Pembekal/Kontraktor Yang Telah Membuat Bayaran Secara Online Banking Sebanyak RM10.00 (Bekalan/Perkhidmatan) dan RM20.00 (Kerja), Hendaklah Berhubung Terus Dengan Jabatan Yang Membuat Pelawaan Dengan Membawa Bersama Borang KEBENARAN PEMBELIAN NASKAH SEBUT HARGA Yang Telah Dilengkapkan Dan RESIT/BUKTI PEMBAYARAN Bagi Tujuan Untuk Mendapatkan Dokumen Naskah Sebut Harga.
6.
Borang KEBENARAN PEMBELIAN NASKAH SEBUT HARGA boleh diperolehi melalui pautan ini < klik untuk borang >
7.
Naskah Sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan bertulis Tajuk Sebut harga dan No. Sebut harga serta dimasukkan ke dalam Peti Sebut harga yang beralamat seperti di ruangan 'Alamat Peti Surat' untuk sebutharga yang berkaitan sebelum tarikh tutup (pada waktu pejabat) atau pada tarikh tutup yang telah ditetapkan (tidak lewat daripada jam 12.00 tengahari.)
8.
Iklan Sebut harga ini boleh dilayari melalui laman web kami di http:// www.uthm.edu.my. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Unit Perolehan di talian 07-4537083/7231/7076/7230/7057 atau di talian Jabatan Yang Membuat Pelawaan Sebut Harga(Sila Rujuk Nama dan No. Telefon di Kenyataan Sebut Harga).
9.
Untuk permohonan secara e-procurement, sila klik di pautan ini https://www.tenderwizard.my/UTHM atau di talian 03-79627870/7947 bagi sebarang pertanyaan mengenai laman sasawang tenderwizard.
   
   
 
BENDAHARI
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA