UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
PARIT RAJA, BATU PAHAT, JOHOR
 KENYATAAN TENDER SECARA ATAS TALIAN (ON LINE)
1.
Tender adalah dipelawa kepada syarikat tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia/ Pusat Khidmat Kontraktor dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB) di dalam kelas/gred dan kod bidang dan pendaftarannya masih lagi berkuatkuasa, untuk perolehan berikut:-
Bil
No. Tender
Tajuk
1 UTHM/03(UPSM)/P/04/001/2020 PERKHIDMATAN PENYEWAAN BERPUSAT BERSEKALI PENGHANTARAN, PEMASANGAN, UJILARI DAN PENYELENGGARAAN MESIN FOTOSTAT PELBAGAI FUNGSI SERTA PENGGANTIAN MESIN DIGITAL COLOUR PRINTER FUJI XEROX DC5400 DI BAHAGIAN MEDIA GRAFIK DAN PERCETAKAN KEPADA MESIN FOTOSTAT WARNA DIGITAL PENUH UNTUK TEMPOH TIGA (3) TAHUN DI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM), JOHOR
Tarikh Dokumen Tender Dijual
Tarikh Tutup Tender
Kod Bidang
Harga Dokumen (RM)
Kaedah Perolehan
Jenis Tender
18/03/2020
Hingga
31/03/2020
20/04/2020
(Tidak lewat jam 12 tengahari)
221502 - Penyewaan dan pengurusan (mesin dan peralatan pejabat)
50
E-Tender
(Online)
TERBUKA
Taklimat
Tiada
2.
Petender-petender yang berminat untuk menyertai tender ini dikehendaki membawa sijil asal Kementerian Kewangan Malaysia/ Pusat Khidmat Kontraktor dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB) di dalam kelas/gred dan kod bidang dan pendaftarannya masih lagi berkuatkuasa beserta salinan sijil-sijil tersebut semasa menghadiri Taklimat. Petender yang tidak mengemukakan dokumen-dokumen tersebut semasa menghadiri lawatan tapak tidak akan dibenarkan menyertai tender ini.
3.
Bagi tujuan LAWATAN TAPAK hanya PENAMA di dalam sijil Kementerian Kewangan Malaysia/ Pusat Khidmat Kontraktor dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB) sahaja yang boleh menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat tender.
4.
Petender-petender yang berminat untuk menyertai tender-tender di atas DIKEHENDAKI mendaftar terlebih dahulu secara online bagi mendapatkan ID pengguna dan juga kata laluan melalui laman sesawang http://tenderwizard.my/UTHM dan akan dikenakan Yuran Pendaftaran sebanyak RM180.00 yang perlu dibayar kepada pihak pembekal sistem. Akses kepada akaun hanya akan diaktifkan selepas pembekal/syarikat melengkapkan permohonan secara online dan menjelaskan Yuran Pendaftaran. Pembayaran yuran pendaftaran boleh dibuat dengan menggunakan kemudahan kad kredit atau FPX secara online. Pembekal/syarikat yang telah mendaftar dan membuat bayaran untuk tender di atas sahaja yang dibenarkan menyertai pelawaan tender ini.
5.
Tawaran tender yang telah lengkap WAJIB dikunci masuk (key-in) dan dihantar dengan lengkap ke dalam sistem E-Perolehan di laman sesawang http://tenderwizard.my/UTHM sebelum atau pada tarikh tutup tender iaitu pada tarikh dan masa seperti yang dinyatakan di atas. Tawaran tender yang tidak dihantar dengan lengkap ke dalam sistem E-Perolehan sebelum atau pada tarikh tutup tender yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.
6.
Semua dokumen tender yang telah lengkap diisi juga WAJIB dikemukakan secara “Manual” iaitu satu salinan asal naskah tender yang perlu dihantar ke alamat berikut : Pejabat Bendahari, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor ATAU bagi dokumen tender yang diserahkan dengan tangan (By Hand) mestilah dimasukkan ke dalam peti tender Pejabat Bendahari, UTHM. Penghantaran dokumen tender tersebut hendaklah dibuat sebelum atau pada tarikh tutup dan masa seperti yang dinyatakan di atas.
7.
Tawaran Tender yang lewat dikemukakan melalui sistem e-tender secara ”Online” dan manual tidak akan dipertimbangkan . UTHM tidak akan bertanggung jawab ke atas sebarang kelewatan atau kehilangan mana-mana dokumen tawaran tender.
 
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia tidak akan bertanggung jawab ke atas sebarang kelewatan atau kehilangan mana-mana dokumen tawaran tender.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Unit Perolehan, UTHM di talian 07-4537057 @ 07-4537076
 
"Sebarang bentuk suapan, pemberian atau apa-apa dorongan yang bertentangan dengan Akta Pencegahan Rasuah 1997 akan menyebabkan permohonan ditolak serta merta"
 
BENDAHARI
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA