UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
PARIT RAJA, BATU PAHAT, JOHOR
 KENYATAAN TENDER
1.
Tender adalah dipelawa kepada syarikat tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia/ Pusat Khidmat Kontraktor dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB) di dalam kelas/gred dan kod bidang dan pendaftarannya masih lagi berkuatkuasa, untuk perolehan berikut:-
Bil
No. Tender
Tajuk
2.
Petender-petender yang berminat untuk menyertai tender ini dikehendaki membawa sijil asal Kementerian Kewangan Malaysia/ Pusat Khidmat Kontraktor dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB) di dalam kelas/gred dan kod bidang dan pendaftarannya masih lagi berkuatkuasa beserta salinan sijil-sijil tersebut semasa menghadiri Taklimat. Petender yang tidak mengemukakan dokumen-dokumen tersebut semasa menghadiri lawatan tapak tidak akan dibenarkan menyertai tender ini.
3.
Bagi tujuan LAWATAN TAPAK hanya PENAMA di dalam sijil Kementerian Kewangan Malaysia/ Pusat Khidmat Kontraktor dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB) sahaja yang boleh menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat tender.
4.
Petender-petender yang berminat untuk menyertai tender-tender di atas DIKEHENDAKI mendaftar terlebih dahulu secara online di laman sesawang Tender Wizard http://tenderwizard.my/UTHM bagi mendapatkan ID pengguna dan juga kata laluan . Yuran Pendaftaran akan dikenakan sebanyak RM180.00/Setahun yang perlu dibayar kepada pihak pembekal sistem.(Klik Manual Pengguna)
5.
Akses kepada akaun hanya akan diaktifkan selepas pembekal/syarikat melengkapkan permohonan secara online dan menjelaskan Yuran Pendaftaran. Pembayaran yuran pendaftaran boleh dibuat dengan menggunakan kemudahan kad kredit atau FPX secara online. Pembekal/syarikat yang telah mendaftar, mempunyai kod bidang yang berkaitan dan membuat bayaran untuk tender di atas sahaja yang dibenarkan menyertai pelawaan tender ini.
6.
Sebarang Pertanyaan Mengenai Sistem Tender Wizard, Sila Hubungi Talian 03-79627957/ 7819/ 7947/ 7870 atau melalui email support@tenderpintar.com.
7.
Tawaran tender yang telah lengkap WAJIB dikunci masuk (key-in) dan dihantar dengan lengkap ke dalam sistem E-Perolehan di laman sesawang http://tenderwizard.my/UTHM sebelum atau pada tarikh tutup tender iaitu pada tarikh dan masa seperti yang dinyatakan di atas. Tawaran tender yang tidak dihantar dengan lengkap ke dalam sistem E-Perolehan sebelum atau pada tarikh tutup tender yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.
8.
Semua dokumen tender yang telah lengkap diisi juga WAJIB dikemukakan secara Manual iaitu satu salinan asal naskah tender yang perlu dihantar ke alamat berikut : Pejabat Bendahari, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor ATAU bagi dokumen tender yang diserahkan dengan tangan (By Hand) mestilah dimasukkan ke dalam peti tender Pejabat Bendahari, UTHM. Penghantaran dokumen tender tersebut hendaklah dibuat sebelum atau pada tarikh tutup dan masa seperti yang dinyatakan di atas.
9.
Tawaran Tender yang lewat dikemukakan melalui sistem e-tender secara Online dan manual tidak akan dipertimbangkan . UTHM tidak akan bertanggung jawab ke atas sebarang kelewatan atau kehilangan mana-mana dokumen tawaran tender.
10.
Iklan Tender Ini juga boleh dilayari melalui Laman Web Kami di http://pb.uthm.edu.my/vts_v5/tawaran.php. Untuk Keterangan Lanjut Sila Hubungi Seksyen Perolehan Di Talian 07-4537055/ 7076/ 7057 Atau Whatsapp 07-4537057/ 7076 atau telegram di t.me/Seksyen Perolehan UTHM atau di talian Jabatan Yang Membuat Pelawaan Tender (Sila Rujuk Nama Dan No. Telefon Di Kenyataan Petender).
 
"Sebarang bentuk suapan, pemberian atau apa-apa dorongan yang bertentangan dengan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 akan menyebabkan permohonan ditolak serta merta"
 
BENDAHARI
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA