UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
PARIT RAJA, BATU PAHAT, JOHOR
 KENYATAAN TENDER SECARA ATAS TALIAN (ON LINE)
1.
Tender adalah dipelawa kepada pembekal/kontraktor tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di dalam kod bidang yang berkaitan dan pendaftarannya masih lagi berkuatkuasa serta telah membuat pendaftaran secara atas talian (On line) yang boleh dilayari di laman sesawang http://tenderwizard.my/UTHM bagi membuat tawaran untuk perolehan berikut:-
Bil
No. Tender
Tajuk
2.
Semua syarikat/pembekal/kontraktor DIKEHENDAKI mendaftar terlebih dahulu secara online bagi mendapatkan ID pengguna dan juga kata laluan melalui laman sesawang http://tenderwizard.my/UTHM.Semua pembekal/kontraktor akan dikenakan Yuran Pendaftaran sebanyak RM180.00 yang perlu dibayar kepada pihak pembekal sistem. Akaun akses ini hanya akan diaktifkan selepas pembekal/kontraktor melengkapkan permohonan secara online dan menjelaskan Yuran Pendaftaran. Pembayaran yuran pendaftaran boleh dibuat dengan menggunakan kemudahan kad kredit atau FPX secara online. Pembekal/kontraktor yang telah mendaftar dan kemudiannya membuat bayaran untuk tender di atas sepertimana dalam iklan tender ini sahaja yang boleh menyertai pelawaan tender ini.
3.
Petender-petender yang berminat untuk menyertai tender seperti yang dinyatakan di atas juga perlu pastikan bahawa proses pembelian tender-tender di atas dibuat selewat-lewatnya pada jam 5.00 petang pada tarikh -tarikh seperti yang dinyatakan di atas melalui sistem e-tender di laman sesawang http://tenderwizard.my/UTHM.
4.
Tawaran tender yang telah lengkap WAJIB dikunci masuk (key-in) ke dalam sistem e-tender di laman sesawang http://tenderwizard.my/UTHM sebelum atau pada tarikh tutup tender iaitu pada tarikh dan masa seperti yang dinyatakan di atas.
5.
Semua dokumen tender yang telah lengkap diisi ini juga WAJIB dikemukakan secara “Manual” iaitu satu salinan asal naskah tender yang mengandungi dua sampul surat berlakri (sealed) yang mengandungi dokumen Kewangan dan Teknikal seperti yang dinyatakan dalam Syarat-Syarat tender ini yang beralamat di Bendahari, Pejabat Bendahari, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Beg Berkunci 101, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor sebelum atau pada tarikh tutup tender iaitu pada tarikh dan masa seperti yang dinyatakan di atas ATAU bagi dokumen tender yang diserahkan dengan tangan (By Hand) mestilah dimasukkan ke dalam peti tender seperti di alamat tersebut sebelum atau pada tarikh tutup dan masa seperti yang dinyatakan di atas.
6.
Tawaran Tender yang lewat dikemukakan melalui sistem e-tender secara ”Online” di laman sesawang http://tenderwizard.my/UTHM dan juga kelewatan menghantar dokumen secara "Manual" ke dalam peti tender seperti yang diarahkan tidak akan dipertimbangkan .
 
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia tidak akan bertanggung jawab ke atas sebarang kelewatan atau kehilangan mana-mana dokumen tawaran tender.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Unit Perolehan, UTHM di talian 07-4537057 @ 07-4537076
 
"Sebarang bentuk suapan, pemberian atau apa-apa dorongan yang bertentangan dengan Akta Pencegahan Rasuah 1997 akan menyebabkan permohonan ditolak serta merta"
 
BENDAHARI
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA